KEMELUT dua tahun yang berlaku di antara penyanyi Siti Nordiana bersama lima sekawan berakhir secara baik pada Selasa.
Ini berikutan penyanyi berusia 39 tahun itu selaku plaintif dan lima sekawan tersebut bersetuju untuk menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkamah berserta terma-terma penyelesaian.
Lima sekawan itu ialah penyanyi Lan Solo, Syura Badron; isteri Lan, Nur Sheila Hassim; Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar Samin dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad Senusi.
Difahamkan, mereka membuat keputusan itu atas dasar persahabatan yang terjalin selama ini.
Antara pernyataan permohonan maaf kedua-dua pihak itu ialah: “Permohonan maaf ini, adalah dibuat berdasarkan perhubungan persahabatan antara kami sebelum ini. Dengan ini kami berharap agar persengketaan dan salah faham yang telah berlaku sebelum ini antara kami terhenti di sini dan biarlah menjadi sejarah pahit yang tidak akan berulang."
Hakim John Lee Kien How @ Mohd Johan kemudian merekodkan penghakiman persetujuan selain turut melapangkan tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini.
Penghakiman persetujuan bermaksud kes diselesaikan luar mahkamah selepas pihak-pihak bersetuju dengan terma penyelesaian yang kemudian dibawa di hadapan hakim dan mahkamah cuma merekodkan persetujuan itu.
Terdahulu, peserta All Stars Gegar Vaganza itu memfailkan saman RM2.5 juta terhadap Lan atau nama sebenarnya, Mohd Razlan Mohamed Yusof, Syura (Zuraidah Badron), isteri Lan, PR FMC dan jurumekap artis kerana menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya menerusi satu siaran langsung di Instagram.
Kata-kata fitnah itu membawa maksud antaranya anak kelahiran Felda Sendayan, Negeri Sembilan itu bukan seorang artis yang bersih dan dihormati orang, seorang yang ego, tidak ingin mendengar nasihat dalam segala perkara, tidak menghormati orang lain dan menggunakan wang serta populariti untuk memastikan dirinya dihormati. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Dec 05 2023
Siti Nordiana (kiri) menarik balik saman terhadap Lan Solo (kanan), Syura (dua, kiri) dan Nur Sheila serta dua lagi individu kerana menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya menerusi satu siaran langsung di Instagram.
Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe
Apa yang berlaku ke atas dirinya itu membuatkan dia berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
China sumbang kerancakan jumlah ketibaan pelancong ke Melaka
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sejumlah 116,055 pelancong China, melawat Melaka sejak Januari hingga April tahun ini.
BAM mahu impian dua wakil setiap kategori di Olimpik terus 'hidup'
Semua pihak peru beri komitmen dalam usaha memastikan badminton terus menjadi penyumbang pingat terbesar buat negara pada LA28 Julai nanti.
Selangor rekod kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun
Siti Kamisah berkata, kepadatan penduduk, aktiviti ekonomi, desakan hidup serta capaian internet yang meluas menjadi antara faktor.
Kes saman lima sekawan: Siti Nordiana lega, nak 'move on'!
Penyanyi Siti Nordiana menyatakan bahawa dirinya telah melupakan isu saman terhadap lima sekawan yang telah selesai baru-baru ini.
Siti Nordiana tarik balik saman RM2.5 juta, bermaafan atas dasar persahabatan
KEMELUT dua tahun yang berlaku di antara penyanyi Siti Nordiana bersama lima sekawan berakhir secara baik pada Selasa.
Beberapa artis jauhkan diri kerana fitnah di IG - Siti Nordiana
Siti Nordiana memberitahu Mahkamah Tinggi beberapa artis menjauhkan diri daripadanya, selepas kenyataan fitnah dibuat terhadapnya.
Siti Nordiana ‘hilang suara’, kes saman ditangguhkan
Prosiding kes saman Siti Nordiana Alias terhadap lima individu termasuk dua artis iaitu Lan Solo dan Syura, ditangguhkan selepas penyanyi itu hilang suara.
All Stars Gegar Vaganza: Siti Nordiana minta maaf, peminat pujuk mohon kuat semangat
Nana membuat permohonan maaf itu secara terbuka menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya semalam.
Siti Nordiana terlepas kontrak jenama terkemuka - Pengurus
Pengurus Siti Nordiana Alias memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa kenyataan fitnah oleh lima individu menyebabkan selebriti itu terlepas beberapa kontrak jenama terkemuka, pada November 2020 lalu.
'Terkucil itu biasa' - Siti Nordiana tak gentar sertai GV10 walau dihimpit isu kualiti vokal
Menurut Siti Nordiana, atau lebih mesra disapa Nana, dia menerima segala kritikan tersebut dan akan berusaha untuk memperbaiki setiap kelemahan.
Bapa Siti Nordiana meninggal dunia
Bapa kepada penyanyi Siti Nordiana, Alias Ahmad meninggal dunia pada Jumaat.
Vokal makin merudum? Ini jawapan Siti Nordiana
Vokal Makin Merudum? Peminat Perasan Persembahan Siti Nordiana Tak Sebagus Ketika Di Gegar Vaganza, Ini Jawapan Tuan Empunya Badan
'Hampir lima tahun baru dapat lagu Datuk M.Nasir' - Siti Nordiana
Katanya, proses untuk memujuk Datuk M Nasir agak sukar kerana beliau seorang yang teliti dan selektif.